Tuesday, November 17, 2009

--mUsiK--

Hukum mengenai muzik, pemuzik dan alat muzik mengikut Hujjatul Islam alGhazali (Ihya’ Ulumidin, vol 2, pg 283-301) menjelaskan ada tiga komponen penting yang mempengaruhi hukum muzik yang mungkin berubah dari masa kesemasa: zaman, makan dan ikhwan.

Zaman’ merujuk kepada masa, apakah muzik itu melalaikan daripada jihad dan ibadah.
Makan’ merujuk kepada suasana, situasi, occasion atau upacara di mana muzik itu dipersembahkan.
Ikhwan’ merujuk kepada aktiviti muzik itu; jika dengan muzik itu boleh menyebabkan mereka terdedah kepada manusia yang jahat atau membawa kepada kejatuhan moral.

Menurut al Ghazali inilah tiga komponen yang menjadi neraca bagi muslim di setiap zaman menghukum muzik: zaman, makan dan ikhwan.

So kalau kita lihat pada zaman kita sekarang ini,

Faktor 'Zaman' (Masa) : Bagaimana muzik dimainkan? Di setiap masa ada orang mendengar muzik. Sehingga waktu solat disanggahi dengan konsert-konsert dan rancangan-rancangan hiburan. Adakah ini dibolehkan?

Faktor 'Makan' (Situasi) : Dalam situasi apakah yg menuntut muzik dimainkan? Hampir di semua situasi, di semua keadaan. Hatta di kedai makan pun diperdengarkan muzik. Konti-konti radio beroperasi 24-jam non stop memperdengarkan muzik.

Faktor 'Ikhwan' (Aktiviti) : Muzik-muzik dimainkan di disko2, di konsert2. Malah dipertandingkan di 'akademi-akademi'. Wujudnya pergaulan bebas di dalam konsert, malah artis-artis terlalu dipuja-puja melebihi para Rasul dan Nabi sendiri.